korlyna1988
4 tahun
Terlypa makan pil perancang regulon 1 hari
Hai doktor, saya terlupa 1 hr mkn pil perancang regulon… next day mkn mcm biasa… tp tinggalkan sebiji… jd dlm 21 tu sya cma mkn 20 biji sja…sbb ikut tarikh yg dtetapkan keesokannya sya perlu rehat… adakah sya mkan yg sebiji trtinggal tu untuk keesokan harinya…?? Thank you.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, jika anda terlupa untuk makan pil perancang, anda harus mengambilnya sejurus selepas anda ingat dan mengambil pil seperti biasa. Selain itu, pasangan anda disarankan untuk menggunakan kondom sekiranya anda terlupa mengambil pil tersebut pada minggu ke2 atau ke3. Pasangan anda juga perlu menggunakan kondom jika bersama sekiranya anda terlupa mengambil pil tersebut pada minggu pertama; jika anda pertama kali mengambil pil tersebut atau setelah lama anda berhenti mengambil pil tersebut dan anda ingin mengambilnya kembali.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.