Sulit
3 tahun
Tersalah telan ubat, sesak nafas
Hello doc,sy merupakan seorang wanita 21 tahun dan sy memiliki gangguan Anxiety kerana sering berasa tekanan dan kemurungan yang disebabkan oleh gastrik(gerd) dan diberikan ubat jenis tablet(khas untuk gastrik)… Mungkin kerana disebabkan kecelaruan emosi semasa Menelan ubat sehingga sy tidak dapat menelan dengan baik menyebabkan ia tersekat di kerongkongan dan tertinggal di salur pernafasan menyebabkan sy sulit bernafas dan kejang2 bahagian dada serta tangan terutama sebelah kiri, lidah dan sakit kepala sehingga sekarang dan ia semakin hari semakin teruk yg sy rasakan membuatkan sy amat risau selain daripada menggangu kehidupan dan kualiti tidur sy kerana sulit bernafas…Sy mohon jawapan dari doc dan ingin meminta tips bagaimana cara mengatasi masalah sy dengan sendiri dan apa yg boleh sy buat di rumah agar sy lega daripada masalah kesihatan sy ini… Terima kasih
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu tersalah telan ubat kerana penyakit gemuruh. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan iaitu masih berasa ubat itu tersekat di kerongkong. Anda tidak perlu khuatir kerana kebanyakan ubat dibuat dalam bentul pil atau tablet yang mudah larut. Anda mungkin merasakan ubat tersebut masih tersekat kerana perasaan gemuruh anda. Namun begitu sekiranya anda masih kuatir, anda dinasihatkan untuk merujuk keadaan anda kepada doktor agar pemeriksaan pada kerongkong anda boleh dibuat.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.