Sulit
2 tahun
Tersilap update di Mysejahtera
Assalamualaikum doktor , selamat pagi , saya tidak mempunyai sebarang gejala dan tidak mempunyai ke lokasi kluster tetapi saya tertekan Ya disebabkan itu status saya menjadi kes suspek dan halangan saya untuk masuk ke premis. Bantu saya bagaimana untuk menjadi kurang risiko semula sbb saya tertekan masa menjawab soalan . Mohon bantu ya sebelum saya vaksin dos-2 20/10 ni sbb nak masuk ke dewan vaksin Kene tunjuk status kesihatan.saya dh buat kat Mysejahtera kat helpdesk tapi dia mengatakan Kene ambil masa 5 hari . Sempat ke sebelum saya vaksin .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda memerlukan bantuan perihal status risiko di MySejahtera anda. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, status risiko pada MySejahtera boleh diperbaharui setiap hari. Kami sarankan agar anda ke laman utama MySejahtera dan perbaharui status anda di ruangan ‘Covid-19 Status’. Jika perkara ini tidak berjaya untuk memperbaharui status risiko anda, sila hubungi talian sokongan pada MySejahtera.
Kami juga tidak dapat memberi jawapan secara kukuh sama ada perkara ini akan memberi kesan pada temujanji vaksin anda. Namun begitu, kemungkinan anda ditolak daripada menerima vaksin pada 20/10/2021 adalah renda selagi anda tidak mempunyai gejala jangkitan COVID-19.
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini