
Sulit
3 tahun
Tertekanan pada pasal HIV
Saya wanita berumur 32.saya melakukan sex ngan pasangan saya tanpa tahui die Ade HIV
Sekarang I DApat tau bahawa pasangan saya ade HIV positive jadi saya merasa tertekan ade tak saya pun jangkit hiv

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi pihak DoctorOnCall untuk bertanyakan masalah anda.
Menerima hakikat bahawa anda terdedah kepada jangkitan HIV, pastinya sukar dan amat menekan emosi anda. Justeru, kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, jangkitan HIV boleh menular melalui cecair badan yang lazimnya berlaku akibat hubungan seksual atau penggunaan jarum suntik. Untuk mengetahui status anda sama ada dijangkiti HIV ataupun tidak, satu-satunya cara adalah dengan melakukan ujian saringan HIV. Anda boleh menjalani ujian HIV di Klinik Kesihatan yang dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri, sebagai langkah awal untuk mencegah sebarang komplikasi HIV/AIDS. Pemeriksaan ini boleh dilaksanakan secara sulit.
Pemeriksaan menyeluruh termasuk sejarah kesihatan anda turut diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan khidmat kaunseling daripada pegawai perubatan yang memeriksa anda. Anda perlu bertindak awal bagi mengelak sebarang komplikasi yang lebih serius.
Anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap penjelasan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk mendapatkan ujian HIV
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.