
Sulit
4 tahun
Tertelan air mani rakan sebaya
saya nak share masalah saya dan minta pendapat … last night saya tertelan air mani rakan saya bukan sebab nafsu tapi rakan saya sendiri pancut di dalam mulut saya semasa saya tidur sampai saya tersedar sehingga tertelan sedikit tak tenang memikirkan hal tersebut … apa pandangan doktor tentang kebaikan dan keburukan kes ni:persevere:

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Berdasarkan pertanyaan anda, sekiranya rakan anda mempunyai penyakit kelamin, ia mungkin boleh menjangkiti anda. Namun, kebanyakan penyakit kelamin pada hari ini boleh diubati. Selain daripada itu, sekiranya anda mempunyai alahan kepada air mani, anda mungkin mengalami simptom sakit perut ataupun ruam yang lazimnya akan selesai dengan sendirinya.
Sekiranya anda ragu tentang status kesihatan anda selepas perkara itu berlaku, amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah