
akidsuwani93
5 tahun
Tertinggal pil perancang 2 hari pada awal pil
saya lewat mengambil pil perancang dua hari dan selepas itu saya continue makan seperti biasa…harini saya dah habiskan pil itu…adakah saya akan period…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, sekiranya anda terlupa untuk mengambil pil perancang selama dua hari, anda sepatutnya mengambil 2 pil pada hari anda ingati dan 2 pil lagi pada hari seterusnya.
Haid akan datang sama ada anda ambil pil perancang dengan betul atau salah disebabkan oleh faktor hormon. Sekiranya cara pengambilan pil perancang anda tidak tepat, peluang ovari untuk menghasilkan ovum akan meningkat dan ianya juga akan meningkat peluang untuk berhamil.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.