Sulit
4 tahun
Test Kit Covid 19 untuk orang awam
Saya demam, sakit kepala, mempunyai kesukaran bernafas pada minggu kepas. Hari ini demam telah hilang. Cuma batuk dan sakit tekak. Sy ada membaca pengumuman KKM mengenai kit covid 19 yg boleh dicuba oleh orang awam. Diharapkan Dr boleh menasihati sy mengenai range harga test tersebut. Atau bolehkah sy terus walk in ke kpj?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera.
Saya memahami anda mengalami demam, batuk dan sakit tekak serta episod kesukaran bernafas pada minggu lepas. Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala yang anda alami ini boleh juga disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
- Anemia - kurang darah merah
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Kami juga menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Terima kasih untuk soalan anda. Saya berharap saya menjawab persoalan anda.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini