
Sulit
4 tahun
Test nutrien di web doctoroncall
Saya wanita berumur 21thun 4bulan 11hri… Saya ade membuat test nutrien di laman web doctoroncall sebentar tdi… Ade saranan lain tak untuk pengambilan suplemen selain folic acid dan flavettes… Terima kasih… Maaf menyusahkan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Untuk makluman anda, kuiz yang anda telah lakukan di laman DoctorOnCall hanyalah saranan pemakanan sahaja dan bukanlah diagnosis sebenar kondisi anda.
Saya juga tidak mengetahui keputusan lain yang anda lakukan dalam kuiz tersebut dan saya tidak mengetahui kondisi sebenar anda. Oleh itu saya menyarankan anda untuk mengambil makanan sihat yang seimbang dan menyeluruh bagi mendapatkan manfaat kesihatan yang baik.
Untuk pengambilan suplemen, saya syorkan anda berbincang dengan doktor anda kerana mereka lebih mengetahui keadaan anda. Jangan ambil suplemen sembarangan tanpa nasihat doktor dan jangan juga ambil suplemen tanpa lulusan KKM.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.