Sulit
3 tahun
Testis besar sebelah
Suami saya mengalami bebola bawah zakar besar sebelah di sebelah kiri dan agak ketara.Sebelum ini dia juga pernah mengalami senak di bahagian bawah perut.Dia dah lama disyaki terkena angin pasang.Persoalan saya,adakah ini simptom angin pasang?Jika ya apakah yang perlu dilakukan dan rawatan apakah yang terbaik? Dan jika tidak adakah ini normal? Sekian terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, secara amnya pembengkakan testis boleh juga disebabkan oleh:
- Testicular torsion
- Inguinal hernia
- Epididymitis
- Orchitis
- Penyakit bawaan seksual ( Sexually transmitted disease )
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang suami anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, suami anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah