
Sulit
4 tahun
Testis kiri terasa senak
Saya seorang lelaki yg berusia 21 tahun Dan saya mengalami rasa senak di testis kiri.Saya pon tidak dapat nk pastikan punca rasa senak tu sebab bila saya pegang testis saya,tiada rasa sakit pon dan testis saya tidak mengalami apa2 perubahan seperti bengkak tapi rasa senak tu jd sepanjang masa cuma ia berkurang dan bertambah ikut posisi kedudukan saya.Dulu pon slalu rasa senak begini tapi tak lama dan ia akan hilang tetapi kali ni agak lama.Saya juga telah melakukan pemeriksaan di klinik dan doktor cakap testis saya tiada ciri2 kanser testis kerana ia lembut dan tidak mengalami bengkak.Doctor tersebut telah memberikan antibiotic kerana dikhuatiri jangkitan kuman tetapi mcm tiada perubahan setelah tiga hari.Saya jadi tertanya-tanya apakah penyakit yg saya sedang alami ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Oleh kerana anda telah berjumpa dengan doktor, anda dinasihati untuk meneruskan rawatan yang diberi. Ia mungkin mengambil masa untuk berkesan. Setelah menghabiskan ubat anda, anda digalakkan untuk berjumpa doktor sekal lagi jika masih mengalami perkara yang sama.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.