Sulit
2 tahun
Thalessemia dan autoimun, sel ( ITP)..apakah ubat boleh dibeli di farmasi
Sakit thalessemia dan autoimun atau SLE( ITP)…apakah ubat yg boleh di beli di farmasi
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda ingin mengetahui ubat-ubat yang boleh dibeli untuk penyakit thalassemia dan penyakit autoimmune, adakah ini betul?
Untuk pengetahuan anda, penyakit-penyakit seperti thalassemia, systemic lupus erythematosus (SLE) ataupun immune thrombocytopenia (ITP) memerlukan rujukan dan preskripsi daripada doktor dahulu kerana penyakit-penyakit ini adalah serius dan memerlukan pemerhatian daripada doktor.
Rawatan juga akan bergantung pada faktor-faktor seperti tahap keterukan penyakit tersebut dan keadaan pesakit perlu dinilai dahulu.
Tanpa pemeriksaan pada kesihatan pesakit, pemberian rawatan atau dos yang salah boleh menyebabkan komplikasi yang lebih serius.
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih