
Sulit
4 tahun
The Explaination About Covid-19 patients with moderate or asymptomatic symptoms
Apa sebenarnya maksud istilah ‘Covid-19 patients with moderate and asymptomatic symptoms’? Maksudnya mereka tak ada batuk batuk dan bersin macam pesakit lain ke?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hello. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Ia bermaksud mengenai kes di mana individu didapati psositif walaupun tiada gejala. Hal ini kerana, kesan serangan virus ini bergantung kepada imuniti seseorang.
Oleh yang demikian, sangat sangat penting untuk kita mengamalkan social distancing. Untuk mengelak dari kita dijangkiti atau menjangkiti orang lain tanpa sedar kerana kita tidak menunjukkan apa-apa gejala walaupun dijangkiti.
Selain itu, amalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini