
Sulit
5 tahun
Throat blockage & trouble breathing
wanita 27 tahun. bekerja di petshop. sebelum PKP bermula, ada rasa sukar bernafas seperti lelah/athma. Bulan Feb 2020 berlaku benda yang sama dan sy telah mengambil ubat dan pulih selepas seminggu. Jadi pada awalnya bila saya mengalami kesukaran bernafas, saya sangka perkara yang sama berulang. beberapa hari sebelum PKP bermula saya mengalami sakit tekak namun pulih selepas beberapa hari. namun tidak lama selepas itu, saya rasa seperti ada sesuatu di tekak saya, apabila saya telan air liur atau sendawa, seperti ada sesuatu yang menghalang di tekak.
saya telah pergi ke klinik swasta semalam, kerana sebelum ini, saya telah pergi ke 2 buah klinik yang selalu saya pergi namun tutup dan hanya mendapatkan ubar di farmasi. doktor di klinik telah check pernafasan saya menggunakan stetoskop, dan dia kata paru2 saya clear, tiada wheezing (saya pesakit athma semasa kecil). Saya beritahu doktor tentang hidung saya blockage, batuk2 sikit, rasa seperti sesuatu di tekak. Dia menyarankan saya pergi ke bahagian kecemasan hospital sekiranya masih sama atau semakin teruk, memberi saya ubat dan 4 hari cuti. (saya telah mula cuti pada 23 Mac 2020).
antara ubat yang diberikan ialah Linkus sirap batuk, Ifimol.tablet, SW-Dexasone (radang tekak), Rexom Bromhexine tablet dan gula2 hisap Jason’s.
ada sedikit saja perubahan dari semalam (sy mula mkn ubat waktu pagi 10am). Tekak saya masih sama, seperti ada benda di tekak. apabila saya tarik nafas, awalnya ok tapi di penghujung nafas terasa sempit ruang nafas. hidung saya masih half blocked, sedikit hingus, sedikit kahak, batuk tekak kering.
Apa yang patut saya buat? teruskan pengambilan ubat? pergi klinik lain? pergi bahagian kecemasan hospital? Saya masuk kerja semula 1 April 2020. Patutkah saya minta cuti lanjutan sehingga saya pulih? Tolong saya doktor saya runsing dan risau. Parents saya asyik menghalang niat saya nak ke hospital dengan mengatakan hospital takkan terima saya dan akan suruh saya pulang sahaja. Adakah saya patut minta x-ray dilakukan ke atas paru2 saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, batuk dan rasa tekak tidak selesa boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- Radang tonsil
- Radang tekak
- _ Stricture_ dalam tekak
- GERD
Buat masa sekarang, saya sarankan anda teruskan mengambil ubat-ubatan yang dipreskripsikan oleh doktor yang telah anda jumpa. Anda boleh bekerja seperti biasa tetapi anda disarankan untuk memakai topeng muka kerana anda mempunyai simptom batuk. Anda juga boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya keadaan anda bertambah teruk, anda perlu ke hospital dengan segera. Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.