
Sulit
4 tahun
Tiada penetrasi dan ejakulasi tetapi risau akan kehamilan
hi. Pasangan saya sudah seminggu tidak datang haid . Syaa bersama pasangan saya tidak melakukan sebarang penetrasi dan tidak memasukkan zakar kedalam vagina pasangan saya.dan saya tidak lakukan Ejakulasi langsung pada kulitnya. Tetapi kami foreplay oral sex pada alat sulit kami berdua sahaja. Selebihnya tiada. Adalah dapat menghamilkan pasangan saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham kerisauan anda pada masa ini. Untuk pengetahuan anda, adalah mustahil untuk berlaku kehamilan sekiranya penetrasi tidak dilakukan. Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh alirannya pula adalah di antara 2 hingga 7 hari. Sekiranya masalah haid tersebut berlarutan, kami sarankan pasangan anda untuk berjumpa dengan doktor mengenai masalah yang dihadapi.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.