tanmanhong2003528
6 tahun
Tidak boleh bertulis
Lebih kurang 6 bulan yang lalu saya tiba tiba tidak dapat memegang pen dengan betul dan menulis. Rasanya seperti saya sudah lupa cara untuk bertulis. Semasa saya bertulis tangan saya akan menggeletar
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, hilang keupayaan menulis boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- stroke
- kerusakan struktur otak
- tumor otak
- demensia seperti nyanyuk
- masalah psikiatri
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.





































