Sulit
3 tahun
Tidak boleh tidur dengan lena
Saya pelajar 18 tahun, baru baru ni susah nak tidur 2 hari lepas saya tidur 3 jam saja dan masih cergas sepanjang hari dulu saya tidur macam biasa ,kalau petang tidur ,malam masih lagi mengantuk dan tidur awal,saya ada masalah silau ,tak pakai spek tapi makan ubat herba tapi sakit sangat mata sampai pening kepala
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah tidur yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Stress dalam kehidupan harian
- Jadual kerja yang menggangu masa tidur
- Amalan tidur yang kurang memuaskan seperti penggunaan komputer atau telefon bimbit sebelum tidur.
- Makan dalam kuantiti yang besar sebelum tidur
- Penyakit-penyakit psikiatri seperti kemurungan dan keresahan. Bagi sesetengah kes insomnia, sukar tidur tanda sakit mental.
- Sesetengah ubat asma, ubat darah tinggi, ubat tahan sakit dan ubat selsema.
- Masalah kesihatan yang lain seperti kanser, diabetes, penyakit jantung, asma, pedih ulu hati, penyakit tiroid dan penyakit Alzheimer.
- Kafein, nikotin (bahan racun dalam rokok)
Selain itu, sedikit tips untuk anda, amalan sleep hygine adalah salah satu cara mendapatkan tidur yang lena pada waktu malam. Iaitu:
- Elakkan makan dan minum sebelum waktu tidur. Ambil makan malam anda lebih awal.
- Masuk tidur pada waktu yang sama setiap hari untuk membina pola tidur anda
- Elakkan melihat skrin atau alat elektronik sebelum tidur
- Banyakkan bersenam dan bergerak aktif pada waktu siang untuk membantu anda lebih lena pada waktu malam
- Tidur dalam keadaan gelap, sunyi dan suhu yang selesa
Dapatkan tidur yang lena untuk teruskan aktiviti harian !
Anda boleh cuba melakukan tips di atas dan rujuk kepada doktor sekiranya masalah anda berlarutan atau menggangu aktiviti harian anda. Berkenaan dengan masalah silau anda, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan segera seperti pemakaian kaca mata. Pengambilan makanan herba sahaja adalah kurang tepat dan jika anda membiarkan masalah ini, dikhuatiri ianya akan memudaratkan kesihatan mata anda sekaligus boleh menyebabkan pening kepala. Untuk itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut secara langsung kepada doktor kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info yang lebih mendalam tentang masalah anda, sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih