
Sulit
4 tahun
Tidak Cukup Ciri Ciri Haid Dipanggil Haid Atau Tidak?
Doktor, jika darah keluar ketika buang air kecil, ramai berkata ia adalah haid. Tetapi, saya tidak mengalami jerawat manakala ciri ciri yang lain saya alami. Adakah ini juga dipanggil haid?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu anda tidak tahu sama ada darah yang keluar sewaktu kencing adalah haid atau tidak. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kencing berdarah yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya:
- Pendarahan haid yang tidak habis
- Radang saluran/pundi kencing - akibat jangkitan kuman atau batu karang
- Masalah buah pinggang - seperti penyakit imun (SLE, penyakit Wegener)
- Kesan ubat atau makanan
- Kecderaan pada organ peranakan
- Sindrom nefritik
Khuatir masalah ini berlanjutan sehingga memudaratkan kesihatan anda, maka anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.