
Sulit
4 tahun
Tidak datang haid dalam jangka waktu yang lama
Saya wanita berumur 23 tahun dan masih bujang. Saya hadapi masalah haid tidak teratur sejak sekolah menengah. Tapi wakti itu paling lama pun 2 bulan sekali. Pada umur saya 16/17 tahun, semakin lambat. Bahkan boleh saya katakan langsung tidak keluar haid secara alami sampai sekarang. Kalau nak keluarkan haid pun selalu kena makan ubat. Pil perancang atau ubat pecah darah, kedua dua nya saya suda cuba. Tidak akan ada effect tak utk masa akan databg? Dua tahun lepas ada buat ultrasound, dan doctor kata ada ketulan semacam PCOS, dan kata nya tidak merbahaya, dan saya d beri pil perancang utk keluarkan darah haid.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Saya tidak pasti ubat pil perancang dan keluar darah haid jenis apa yang diberikan kepada anda oleh itu, saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai hal tersebut. Akan tetapi, adalah lebih tepat sekiranya anda mengajukan soalan ini kepada doktor yang merawat anda kerana mereka mempunya maklumat yang lebih lanjut mengenai status kesihatan anda.
Akan tetapi, untuk makluman anda,setiap bulan wanita akan mengalami kitaran haid dimana antara yang berlaku adalah penebalan dinding rahim untuk persediaan mengandung. Akan tetapi, sekiranya tiada persenyawaan berlaku, maka dinding tersebut akan jatuh sebagai darah haid. Tetapi, apa yang berlaku pada anda adalah, dinding rahim menebal seperti biasa tetapi tidak jatuh kerana tiada haid berlaku. Makan dinding tersebut akan semakin menebal. Oleh itu, doktor memberi rawatan agar anda datang haid bagi menjatuhkan dinding rahim yang menebal tersebut dan juga merawat masalah lain.
Selain itu, saya kurang pasti dengan imbasan ultrasound yang mendapati ada ketulan seperti PCOS. Berkemungkinan anda tidak memenuhi kriteria untuk diagnosis PCOS atau ianya adalah sista ovari. Namun, masalah haid tidak teratur lebih kerap berlaku dalam penyakit PCOS.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.