inokuku123
6 tahun
Tidak datang haid selama 6 bulan. Payudara sakit di kiri tepi macam area otot dan puting 2 belah sakit seperti merasa luka
Saya 22 tahun wanita. Sudah lamak tkdah dtg haid selama 6 bulan. Payudara d sebelah kiri sakit di, dicek menggunakkan teknik cek kanser payudara, tiada ketulan tetapi merasa daging dalaman atau otot d area payudara sakit. Puting 2 2 sakit merasa seperti luka kalau tergesel di bra. Harap doktor jawab soalan ini.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan. gejala haid datang lewat boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Manakala masalah pada buah dada anda boleh disebabkan:
- Perubahan hormon
- Kecederaan otot atau tisu payudara - akibat pemakaian bra
- Jangkitan kulit
- Radang saluran susu - akibat tersumbat atau jangkitan
Masalah yang anda hadapi boleh saling berkait ataupun tidak dan ini memerlukan maklumat tambahan. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

























