Sulit
3 tahun
Tidak datang period pada masa yg patut
Saya baru berkahwin dan last saya bersama suami sebelum puasa kemudian period saya tak datang pada waktunya dan saya tidak ada mengambil apa2 pil perancang and sayabtknk preg lagi. Patutkah saya ambil pil period ? Tarikh period saya biasa hujung bulan 27-30.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat selama 9 hari boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
kehamilan
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Mengambil pil perancang kehamilan
Masalah polycystic ovarian syndrome
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.