
Sulit
3 tahun
Tidak haid selama setahun dan merasa sakit di sekitar bawah perut sebelah kiri
Saya wanita berusia 21 tahun. Saya sudah tidak haid selama hampir setahun. Pada 3 bulan pertama saya menyangka sebab saya tidak haid kerana tekanan pelajaran namun setelah hampir 7 bulan, haid saya tidak datang. Saya telah pergo ke farmasi untuk membeli ubat untuk haid kerana mereka kata saya punya hormon tidak stabil. Setelah beberapa bulan makan ubat, saya rasa sakit di bawah perut sebelah kiri, merasa ngilu. Apabila saya telan seolah-olah ada biji di kawasan saya tekan dan berasa sakit. Doktor boleh tahu apa yang saya alami?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Tekanan perasaan atau stress
- Berat badan terlalu rendah
- Masalah hormon
- Gangguan pemakanan (anoreksia atau bulimia)
- Policystic ovary syndrome (PCOS)
- Gangguan hormon
Untuk masalah sakit perut di bahagian perut sebelah kiri, ia boleh merupakan kesan sampingan daripada ubat yang anda gunakan.
Oleh itu, sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan