Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Tidak keluar keputihan tanda apa

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: November 20, 2020 8:47 AM

Sulit 2 bulan

Hi doc saya tanya apakah tanda hari kering tanpa keluar sebarang discharge? Adakah ia normal? Kebiasaannya, keputihan akan selalu keluar tapi lately ni tak keluar and saya dah 3 hari late period than expected date. Adakah ia sebagai tanda saya akan period tak lama lagi? Saya juga mengalami symptom pms yang lain tetapi masih tidak keluar haid.

Dr Sashini Seeni 2 bulan
General Practitioner

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Tetapi saya tidak begitu pasti apa yang anda maksudkan dengan hari kering, sekiranya ia membawa maksud kekeringan vagina, ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:

  • Tekanan emosi
  • Kemurungan
  • Menyusu
  • Aktiviti lasak yang berlebihan
  • Merokok

Untuk makluman anda, haid yang lewat pula boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya:

  • Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
  • Tekanan emosi
  • Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
  • Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
  • Masalah polycystic ovarian syndrome
  • Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
  • Mengambil pil perancang kehamilan
  • Kehamilan

Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.

Untuk pertanyaan anda tentang keputihan, keputihan sebenarnya dipengaruhi oleh hormon estrogen wanita. Selalunya, keputihan adalah perkara normal terjadi pada wanita. Namun, tidak semua wanita mengalami keputihan dan ianya juga adalah dianggap normal. Tambahan, keputihan yang kotor dan berbau juga dapat menjadi punca kepada pelbagai masalah kesihatan. Dalam hal ini, ianya memerlukan pemeriksaan lanjut yang lebih teliti.

Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri Nov 20 2020 08:47:32 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang haid lewat secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Sulit
Tidak datang haid berturut-turut Salam doc,saya nana berusia 27 taun dan sdh berkhwin… sya mempunyai mslh haid tdk datang berturut turut 1taun, kdg 6bulan… sdh berjmpa dngn doktor berdekatan katanya smua normal dan bisa hamil. … Baca lagi...
5 hari
Sulit
Mual , sakit kepala , sering buang air kecil , sakit badan Saya wanita 21tahun saya dah khwin 6bulan saya sudah lewat dtg period saya cuba test pregnant naik double line tapi kabur! Lasung pergi ke kelinik untuk scan tapi tak nampak dokto cakap tak meng… Baca lagi...
8 hari
Sulit
Nasihat Kesihatan Berkenaan Simptom Saya wanita, berumur 28 tahun. Sejak 2 hari lepas sy mengalami gatal tekak dan sakit dada, sedikit seram sejuk. Adakah sebab fizikal yg agak besar dan msalah period yg tidak stabil (hampir 9bula… Baca lagi...
5 hari
Sulit
Tidak Datang haid dalam 3 bulan Saya Wanita berumur 21 tahu…saya dah ada suami…Apakah saya hamil atau ada penyakit lain Baca lagi...
9 hari
Sulit
Adakah pasangan saya berpotensi untuk hamil sekiranya saya memasukkan zakar di sekitar bahagian bibir faraj pasangan tanpa mengeluarkan air mani ? Dan dia telah lewat 5 hari untuk mengalami haid dari tarikh biasa Saya telah memasukkan zakar ke bahagian sekitar bibir faraj pasangan tetapi saya tidak melepaskan air mani ke dalamnya, oleh itu pasangan saya sudah lambat 5 hari daripada tarikh biasa dia menga… Baca lagi...
9 hari