
Sulit
4 tahun
Tidak merasakan lapar selama sebulan lebih dan tiada efek pada perut
saya berkemungkinan mengalami depression tapi saya tidak tahu adakah saya mengalaminya…tpi kali ini bertambah teruk disebabkan sy mrupakan seorang student final dn kerja diberikn trlampau bnyak shgga sy hampir mengabaikan keseluruhan kerja yang diberi mahupun sdikit sy mgambil masa terlalu lama …sy tidak lagi merasakan adanya kebutuhan untuk makan senormalnya seperti sebelum ini…cukup skadar minum air atau mkan skali shaja atau tidak mkn langsung.Setakat ini badan sy tidk mmpunyai apa2 efek tpi berat sy terlalu menyusut drastik…Saya tak ada rasa lapar langsung.Benda ni trjadi dari nov 20 -sekrg.Dan sy juga ada sucidal thought.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak cik. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda, masalah hilang selera makan, sukar tidur, tertekan, kerap murung dan menangis merupakan salah satu dari gejala depresi yang sangat memerlukan bantuan dari ahli keluarga dan tenaga pakar (perubatan)…
Inginkan penjelasan lanjut daripada pakar? Dietitian kami sedia membantu anda.
Namun perlu difahamkan ia juga boleh dikaitkan dengan kondisi seperti:
- gangguan tekanan dari masalah peribadi atau gangguan kesihatan (i.e. sakit kepala yang berlanjutan)
- gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder)
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan psikososial yang lain
Buat masa ini, anda haruslah berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat sebagai sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat, tidur dan makan yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.\