Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Tidak pasti period atau pun apa

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: April 9, 2021 4:37 AM

Sulit 39 hari

Hy dr sy berumur 23thn dan telah berkhwin soalan say mengenai darah period atau oun tidak … pada hari ahad pagi yang lepas bahagian alat sulit say mengelurkn darah tapi tak begitu byk … dia kelar waktu pagi sahaja … dan hari isnin tak mengeluarkan darah langsung … pada hari selasa dan rabu darah yng byk keluar (sy masih keliru adakah darah period)… dan semalm kamis tiada darah yang keluar dan jumaat harini keluar darah yang sikit balik … seumur idup sya tak pernah lagi keluar darah period macamni adakah ni normal dr …

Dr Sashini Seeni 39 hari
General Practitioner

Hai, selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang tidak teratur. Untuk makluman anda, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:

  • Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
  • Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
  • Tekanan emosi
  • Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
  • Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
  • Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
  • Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks

Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan menyeluruh adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

Dikemaskini pada: Fri Apr 09 2021 04:37:55 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang haid tidak teratur secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19