
Anonymous
5 tahun
Tidak period 5 bulan
Saya berumur 33tahun…telah berkahwin 4tahun…sy menghadapi masalah ketidakhadiran period bila duduk sebumbung dengan suami…bila suami keluar berkursus 6 bulan, period saya akan normal semula…apabila bersama, sy tidak dapat merasai pancutan air mani semasa ia dilepaskan melainkan kalau suami beritahu…saya sering sakit di bahagian ari2 sebelah kiri…mohon pencerahan daripada doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Punca-punca yang boleh menyebabkan haid tidak teratur termasuk:
• Gangguan hormon seperti pituitari atau hypothalamus
- Gangguan emosi atau tekanan
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Berat badan berkurang secara drastik atau berlebihan
• Alat mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga, IUCD atau suntikan hormon
• Ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon serta ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan boleh mengganggu kitaran haid - Masalah reproduktif wanita seperti ovari
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.