Sulit
5 tahun
Tidak pernah lewat period tetapi kaki ini saya lewat selama 15 Hari boleh saya tahu sebab apa?
Hi doktor saya nak tanya, sebelum ini period teratur stiap bulan datang, tetapi bulan ni saya Tak period dah 15 Hari lewat sabelum tarikh dijangka period haritu ada tanda2 nak period seperti senggugut sakit pinggang mood pn Tak ada. SAYA cek pregnancy test negatif.boleh saya tahu sebab apa saya terjadi nya seperti itu tu ye…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid lewat.
Untuk makluman anda, selain daripada hamil, haid lewat juga boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor di klinik bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut serta rawatan susulan.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

























