
Sulit
4 tahun
Tidak selesa di bahagian pelvis
Saya lelaki mengalami sakit di bahagian pelvis, sakit dia sekejap ada selepas itu ia menghilang. Adakah saya mengalami masalah pelvis ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana bertanyakan soalan kepada kami.
Kami memahami kerisauan yang anda sedang alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa seorang lelaki boleh mendapat sakit di bahagian pelvis:
- Hernia
- Radang appendiks
- Jangkitan saluran kencing (uretra dan pundi kencing)
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted infection / STI)
- Radang atau jangkitan pada testis
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara umum. Jika anda mengalami masalah ini dan keadaan semakin teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara peribadi di atas talian. Terima kasih.