Sulit
4 tahun
Tidak sihat secara berlarutan
Saya mula muntah muntah pada 25/1 sekali dengan cirit birit tapi selepas makan ubat tahan muntah saya dah okay. 2/3 hari selepas itu saya mula sakit tekak, batuk, selsema dan demam. Saya sudah makan ubat batuk sebanyak 5 botol tapi masih tidak elok. Sampailah sekarang saya masih tidak sihat tapi demam & selsema sudah berkurangan cuma batuk dan sakit tekak sekali sekala. Sejak 3 minggu lepas saya mula tidak ada sense of smell and taste, sukar bernafas, hidung tersumbat dan tiada selera makan tapi batuk dan sakit tekak sekali sekala sahaja. Adakah saya hanya influenza biasa ataupun tidak doktor ?
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
Punca Punca batuk:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Punca sesak nafas:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang sah dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.