
hayatijamaliyah93
5 tahun
Tidur berdengkur terlampau kuat
Sya wanita 20an belum berkahwin…saya mengalami masalah berdengkur terlampau kuat.Dulu saya tidak macam ini.Bila saya terlampau penat saya akan berdengkur tapi tidak kuat.Sudah 3 tahun berlaku.Kawan2 saya ada juga tanya kenapa kuat saya berdengkur tapi saya biar kan.Bila saya duduk dengan keluarga saya diorng pun tegur benda yang sama.Saya tidak gemuk berat saya 56kg, tinggi 153.0 …Apakah masalah saya hadapi???.Patut ke saya berjumpa dengan pakar?? Bantu lah saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah berdengkur sewaktu tidur terjadi apabila terdapat sumbatan pada saluran pernafasan bahagian atas. Masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tonsil yang membesar
- Obstructive sleep apnea yaitu ialah keadaan apabila otot tekak menghalang laluan udara semasa tidur
- Masalah hidung tersumbat
- Obesiti
- Masalah pembentukan tulang muka
- Hypothyroidism
- Acromegaly - masalah hormon pertumbuhan yang berlebihan
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dikhuatiri dapat menganggu kualiti tidur anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.