Sulit
4 tahun
Tidur bunyi kahak, tapi tidak batuk
anak saya berumur 3 tahun demam sejak 4 hari yang lepas. baru on antibiotik 3 hari yg lepas. anak tidak batuk atau selesema tapi semasa tidur nafas nya berbunyi seperti ada kahak dan berbunyi kuat. boleh saya tau kenapa?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Asma
- Ketegangan saluran pernafasan akibat jangkitan
- Kahak yang berlebihan daripada jangkitan
- Septum hidung yang menyimpang
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anak anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.