Sulit
4 tahun
Timbul benjolan tak berapa besar di atas ari-ari sebelah kanan
saya wanita dalam 20an ,mengalami benjolan di atas ari-ari sebelah kanan …ia tidak sakit tapi saya risau.adakah ini berbahaya dan perlu untuk ke klinik ?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan benjolan, namun untuk mengenal pasti dengan lebih yakin dan tepat & apakah ianya membahayakan atau tidak, pemeriksaan fizikal dan sesi soal jawab yang lebih komprehensif perlu dilaksanakan terlebih dahulu. Umumnya benjolan pada permukaan kulit boleh disebabkan oleh:
- gangguan kelenjar peluh (i.e. hidradenitis suppurativa)
- jangkitan kuman
- gangguan kulit (i.e. dermatitis)
- tanda-tanda angin pasang
- gangguan kelenjar minyak dan lain-lain
Walau bagaimanapun percubaan untuk memecahkan atau menekan benjolan lazimnya tidak digalakkan, kerana dikhuatiri boleh menyebabkan
- jangkitan kuman pada kawasan luka
- memperparahkan lagi kondisi kulit
- menyebabkan lapisan parut kekal
- tidak menyelesaikan punca gangguan
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gynecologist kami sedia membantu.
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
































