
Anonymous
5 tahun
Tingkah laku. saya wanita berumur 23 tahun
saya wanita berumur 23 tahun. saya berasal dari keluarga yang susah dan bermasalah. saya anak sulung dari 3 beradik. saya mengalami gangguan emosi dan gangguan seksual dari kecil. perkara ni dah jadi kebiasaan saya sehingga sekarang. saya sentiasa gelisah, termenung, out of space, gelasah, panic tanpa sebab. saya tak sure senjak bila. tapi saya rasa ia jadi masalah senjak saya meningkat dewasa. kerana orang ramai akan pandang saya pelik like “budak ni ambil dadah ke gelabah je” but no. saya cuba tenang kan diri tapi otak saya akan out of space, sakit kepala, kepala rasa penuh, stres, susah focus, pening. saya sudah lead something tapi orang akan was-was dengan saya sebab mereka nampak saya macam blur out of space. saya akan normal if otak saya focus dan tangan saya buat kerja pada masa yang sama. if saya buat kerja yang tak memerlukan saya berfikir maka saya akan buat kerja tu dengan gelabah dan cepat tanpa berfikir. even sedang drive saya boleh out of space. saya tak sure punca saya begini. saya nak tanya perkara ni benda biasa ke? ada rawatan ke? ini first time saya tanya pasal keadaan saya sebab saya rasa benda ini biasa. saya harap sangat doktor dapat bagi penerangan. saya nak jadi macam orang lain slow dan rilex. terima kasih.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham bahawa keadaan ini merungsingkan anda, namun setiap manusia mempunyai emosi yang berbeza dan mempunyai cara tersendiri dalam menghadapi keadaaan dalam kehidupan seharian.
Namun begitu, sesetengah orang boleh mengalami gangguan fikiran terutamanya bagi mereka yang melalui situasi seperti anda. Tetapi untuk sewenangnya melabel anda sebagai bermasalah adalah tidak wajar. Meskipun jika anda mempunyai masalah dalam pemikiran, ianya boleh dibantu.
Oleh itu, saya sarankan agar anda mendapatkan nasihat daripada kaunseling atau pakar psikologi untuk membantu anda menghadapi masalah ini.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) sekiranya ingin bercakap dengan doktor kami bagi penerangan lanjut secara atas talian. Terima kasih.