
Sulit
4 tahun
Tips penjagaan tubuh badan
Apakah tips penjagaan tubuh badan yang sesuai untuk dilakukan dalam keadaan sekarang? Negara dalam situasi yang bahaya iaitu untuk memerangi virus COVID19. Oleh itu, boleh Dr cadangkan aktiviti yang sesuai dan selamat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang situasi pandemik di negara kita.
Dalam keadaan yang merisaukan ini, anda masih boleh melakukan apa-apa aktiviti yang digemari, namun sila kurangkan aktiviti berkumpulan dan aktiviti luar rumah. Anda juga boleh mencuba hobi-hobi baru yang tidak memerlukan penglibatan ahli yang ramai dan aktiviti luar rumah. Saya menasihati anda untuk melakukan penjarakan sosial dan selalu mematuhi arahan KKM.
Semasa beraktiviti, pastikan anda mengamalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini