Sulit
3 tahun
Tonsil membengkak, resdung atau penyakit lain?
Saya berumur 17 tahun. Sudah seminggu saya tidak hadir ke sekolah kerana demam yg berlarutan. Pada mulanya saya hanya mengalami sakit tekak kemudian demam sehingga seminggu. Tonsil saya membengkak. Sudah beberapa kali saya demam disebabkan tonsil ni tetapi tidak pernah selama ini. Saya ingatkan saya demam sbb tonsil yg bengkak tetapi demam saya makin pelik kerana hingus tu brtukar warna kepada warna karat kemudian trdapat darah dlm hingus saya. Telinga kanan saya juga hilang pendengaran semasa saya demam. Saya juga mengalami batuk berkahak.Saya sudah pergi ke 3 buah klinik utk mndptkan pemeriksaan doktor berikan saya ubat. Tetapi demam saya masih tidak kebah. Adakah demam saya disebabkan bengkak tonsil atau resdung atau penyakit lain?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan anda, demam adalah merupakan reaksi tubuh badan kita terhadap jangkitan. Demambukan penyakit, tetapi demam adalah merupakan gejala bagi sesuatu penyakit. Suhu tubuh manusia yang normal adalah sekitar 36.5℃-37.5℃.
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Untuk pengetahuan anda, ujian swab boleh untuk digunakan dalam mengenalpasti pelbagai jangkitan seperti virus ataupun bakteria pada tonsil dan hidung anda. Keperluan untuk melakukan ujian ini bergantung kepada penilaian doktor berdasarkan pemeriksaan kesihatan. Kami memerlukan maklumat yang lebih lanjut untuk merawat demam anda yang tidak kebah.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih