hafizbeebir
4 tahun
Tonsil,tangan begetar
sy umur 30,ada tonsil…tangan selalu begetar…apakah itu disebabkn tonsil?atau tanda penyakit lain
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Gejala tangan bergetar boleh disebabkan seperti:
- Masalah tiroid (hipertiroid)
- Keresahan
- Getaran benign
- Sindrom Cushing
- Parkinsonisan (disebabkan oleh penyakit Parkinson/penyakit Wilson/ubat-ubatan)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.