aimifarzana98
4 tahun
Tranmisi HIV melalui hidu darah
Saya praktikal di makmal. Darah melekat pada tudung dan saya sedar dalam 5 minit kemudian. Darah tersebut sudah kering. Saya menghidu darah tersebut untuk mengesahkan ia darah. Kemudian saya membersihkan tudung saya dengan ethanol 70%.
Adakah berisiko untuk penyebaran hiv melalui hidu darah di mukosa hidung?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, tiada risiko transmisi virus HIV melalui hidu.
Ia dijangkiti melalui
- hubungan seksual
- anak dan ibu
- jarum dadah yang dikongsi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.