imanhakim78
3 tahun
Tulang patah dan sakit
Saya lelaki umur 20 an…sya dh xcdent selame 3 tahun…dan mengalami 3 tmpat patah…patah di lengankiri.betis kanan dn pehah kanan.lengan dgn betis sudah pulih…peha shj yg belum pulih…bru ni besi dgn tulang saya patah bulan 12 tahun lepas…dn saya dipasangkan dgn besi baru…tetapi peha saya masih sakit sehingga sekarang…dan tulang saya bru cantum 2/4…bru ni saya operate utk buang skru dn doktor bg saya berpijak smbil bertongkat…masalahnye kenape peha saya masih sakit dn sebelum ni x penah sakit terlalu lame sebegini…dan ape langkah2 yg baik utk percantuman tulang…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, setelah besi dimasukkan untuk membantu proses pencatuman tulang yang patah, secara amnya, ianya akan sakit untuk 2-3 minggu selepas pembedahan dan boleh jadi sehingga 6 minggu.
Namun, sekiranya sakit tersebut sudah terlalu lama atau sangat teruk sehingga menganggu aktiviti harian anda, amat digalakkan untuk anda berjumpa dengan doktor anda bagi memastikan tiada masalah dengan besi yang dimasukkan atau sebagainya. Selain itu, sekiranya doktor ada memberi ubat tahan sakit, anda boleh mengambil ubat tersebut seperti yang diarahkan. Jika tidak, mungkin anda boleh berbincang mengenai pengambilan ubat sakit untuk mengurangkan sakit tersebut.
Bagi soalan anda mengenai langkah-langkah yang boleh diambil bagi meningkatkan proses pencantuman adalah seperti yang berikut:
Dapatkan rehat yang cukup.
Lakukan aktiviti sesuai dengan nasihat doktor yang merawat anda. Hal ini adalah untuk meningkatkan sauran darah di dalam badan
Sekiranya anda bekerja dan kerja tersebut banyak menggunakan kaki yang sedang dirawat iyu, anda dinasihatkan untuk mengambil cuti. Tempoh rehat bergantung kepada keadaan kaki anda.
Elakkan kaki yang dirawat dari terkena air sehingga luka pembedaha sembuh sepenuhnya. Ini mungkin mengambil masa 1-2 mingguDo not take a bath, swim, use a hot tub, or soak your affected limb until your incision is healed.
Mengambil makanan yang tinggi calcium seperti daging, ikan, susu, chesse, yogurt, kekacang.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah dan rawatan yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Semoga anda cepat sembuh dan terima kasih.