
Anonymous
5 tahun
Tulang rusuk kiri sakit
Hi doktor, saya seorang lelaki berumur 22 tahun. Saya mengalami masalah sakit di tulang rusuk kiri. Saya berasa sakit setelah ditumbuk di rusuk tersebut. Kesakitan ini telah berlarutan selama 8 hari dan ia menganggu waktu tidur saya. Saya sudah berjumpa dengan doktor di universiti saya dan doktor telah memberikan ubat vitbion. Doktor itu mengatakan tulang rusuk kiri saya ini telah retak dan perlu menunggu sebulan untuk pulih. Bagaimana ya doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kemungkinan besar punca utama yang menyebabkan sakit ini adalah trauma ataupun kecederaan yang anda alami sebelum ini.Ia akan mengambil masa untuk sembuh dengan sepenuhnya. Namun begitu terdapat beberapa punca yang lain seperti Costochondritis, Pleurisy, Kerosakan otot harus dikenal pasti.
Jikalau sakit tersebut menjadi teruk ataupun and mengalami gejala gejala yang lain seperti muntah , demam dan sebagainya anda harus berjumpa dengan doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.