Sulit

2 tahun

Tulang tengah dada lekuk,sakit dada dan kerap sendawa

saya perempuan usia 16 tahun.Saya mempunyai sakit gastrik,suspek hipertiroid dan panic attack.Sejak beberapa hari ni tulang tengah dada saya lekuk kedalam.Berat badan saya turun dari 43kg ke 38kg.Adakah lekuk itu akibat saya terlampau kurus atau mempunyai penyakit lain.Saya juga selalu berfikiran negatif.Saya juga kerap sakit dada dan apabila saya gosok saya akan sendawa dan mungkin disebabkan oleh angin di dada.Sudah dua bulan saya mengalami sakit dada.Saya sudah buat ecg test tetapi result saya okay.Saya hanya perlu tunggu result hipertiroid saya pada 21/11 ini.Saya sentiasa berfikiran negatif terhadap diri saya dan menggigil ketakutan,hendak pengsan kerana saya terlampau takut akan penyakit yang saya hadapi.Doktor hanya memberi saya ubat magnesium trisilicate sahaja untuk gastric saya.

Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman anda, tiroid merupakan organ ataupun kelenjar yang terletak pada bahagian leher seseorang dan berbentuk seakan-akan rama-rama. Kelenjar tiroid ini penting dalam menghasilkan hormon tiroid. Hormon pula memberi impak serta regulasi terhadap metabolisma badan, mengawal degupan jantung, perkembangan dan pertumbuhan seseorang serta mengawal suhu badan seseorang. Hipertiroid pula merujuk kepada kondisi di mana seseorang itu mengalami hormon tirioid yang berlebihan dalam badan mereka. Hipotiroid pula sebaliknya yakni kekurangan hormon tiroid di bawah tahap normal.

Terdapat beberapa gejala dari hipertiroid. Antaranya adalah:

  1. Jantung berdebar (melebihi 100 degupan dalam jangka masa seminit)
  2. Masalah ritma jantung yang tidak sekata
  3. Kuat makan dan sangat berselera namun kekal kurus atau mengalami penurunan berat badan
  4. Sering berasa bedebar, resah serta mudah tersinggung
  5. Kerap dan mudah berpeluh walaupun tidak melakukan aktiviti lasak
  6. Tangan dan kaki bergetar atau dalam terma perubatan dikenali sebagai tremor
  7. Mengalami masalah sukar untuk tidur
  8. Perubahan dari segi pola perkumuhan iaitu kerap membuang air besar

Penurunan berat badan yang anda alami merupakan salah satu daripada gejala hipertiroid seperti yang saya nyatakan di atas. Untuk masalah tulang tengah dada anda lekuk dan sakit dada serta kerap sendawa, ia boleh disebabkan oleh masalah gastrik yang anda alami dan lama-kelamaan boleh mengakibatkan asid di lambung naik ke tekak yang mana dipanggil sebagai penyakit GERD.

Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

perempuan%203

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)