Sulit
2 tahun
Tulang timbul di dahi
Saya 33tahun, masalah saya ada tulang timbul pada dahi menyebabkan ada benjolan pada dahi.Benjolan berlaku dalam beberapa bulan yang lalu dan sekarang makin ketara.Saya telah berjumpa dengan doktor, doktor kata itu hanya lebihan lemak. Tapi menurut saya, itu bkn lemak kerana terdapat perbezaan lekuk yang ketara pada dahi kiri dan kanan. Saya harap doktor dapat membantu saya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami ini, bengkak pada dahi boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Lipoma (bengkak kumpulan minyak)
- Sista
- Bengkak bernanah (jangkitan)
- Penyumbatan folikel rambut
- Penyumbatan kelenjar sebum
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kulit.