
Sulit
4 tahun
Ubat cacing kanak kanak
salam dr…saya yana…sy nak tanya…sy ada bli ubat cacing jenama champs yg jenis tablet utk anak sy…tp sy hancurkan ubt tu dan campurkan dlm susu dia tp dia xminum habis susu dia…dia minum sikit je susu tu lps tu dh xnk minum…terpaksa buang susu yg ade ubt cacing tu…macam mana ye doktor?perlu ke sy bg sekali lg utk ank sy?sebab sekarang dia jd hilang selera mkn…lps tu selalu sembelit…berat bdn pn berkurang…harap dr respond pertanyaan sy…terima kasih dr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, anda boleh menggunakan ubat cacing jenis cecair untuk diberikan kepada anak anda sekiranya dia masih tidak dapat menelan ubat tablet. Anda tidak digalakkan untuk memecahkan ubat jenis tablet melainkan diarahkan kerana ia dapat menghancurkan ubat tersebut dan seterusnya mengubah dos yang sepatutnya diperlukan.
Berikut merupakan antara tanda-tanda seseorang dijangkiti cacing:
- Kurang berat badan walaupun diberi makan seperti biasa
- Demam
- Muntah-muntah
- Lesu
- Pucat akibat kekurangan darah
- Sukar untuk membuang air besar (sembelit)
- Terdapat cacing di dalam najis
Jika anak anda mempunyai tanda-tanda yang disebutkan, sila bawanya berjumpa doktor dengan segera untuk diperiksa dengan lebih lanjut untuk mengesahkan puncanya dan rawatan akan diberikan.
Anda juga boleh menghubungi kami di (DoctorOnCall) untuk sesi konsultasi bersama dengan doktor kami di atas talian. Privasi anda akan kami jaga, terima kasih.