
Sulit
4 tahun
Ubat darah tinggi tersilap time makan..tak ikut SOP makan yg betul sebab terlupa…adakah boleh membahayakan nyawa
Saya lelaki 44 tahun…makan ubat amlodipine 10mg…soalan saya malam tadi telah makan ubat pada pukul 2200 sebab terlupa makan sebelah pagi (kebiasaannya makan pada pukul 0900 setiap pagi)…pagi ni selepas sarapan telah makan 1 biji lagi ubat pada pukul 0900…adakah ini merbahaya… setakat ini belum terasa apa-apa pun perubahan pada diri saya…apa yang patut saya lakukan…terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, berkenaan terlupa makan ubat darah tinggi, anda perlu mengambil ubat amlodipine 10mg secepat mungkin jika ia kurang dari 24 jam. Jika terlupa untuk ambil lebih dari sehari, anda boleh teruskan mengambil dos hari ini, tidak perlu ambil dua dos. Disarankan tidak mengambil dua dos sekaligus. Kebimbangan utama dengan pengambilan ubat darah tinggi pada waktu yang tidak sesuai dengan yang dijadualkan adalah kekurangan keberkesanannya dalam merawat masalah tekanan darah tinggi. Memandangkan anda tidak mengalami sebarang perubahan atau gejala, ianya tidak menjadi suatu perkara yang serius.
Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang tekanan darah tinggi, anda boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih