
Sulit
5 tahun
Ubat gastric sesuai semasa hamil
Saya berumur 29tahun dan sudah berkahwin. Saya juga disahkan hamil 3minggu.
Tapi beberapa hari lepas hingga kini saya mengalami gastrik dan bloating…
Sebelum hamil sy ade mengambil ubat gastric seperti magnesium trisilicate/pil yg pernah sy dapat dr klinik kesihatan kerajaan.
Soalan saya adakah selamat kandungan ubat magnesium trisilicate itu untuk sy ambil ketika hamil waktu ini?jikalau tidak selamat ubat apakah yg sesuai utk mengurangkan sakit bloating/gastric?
Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masih tiada kajian yang mencukupi untuk membuktikan ia boleh menjejaskan kandungan. Oleh itu, agak sukar untuk mengatakan ia selamat atau sebaliknya. Namun, bagi wanita hamil masalah gastrik biasanya dirawat dengan menggunakan Aluminium Hydroxide gel berbentuk sirup. Anda harus mendapatkan konsultasi doktor untuk mengesahkan samada masalah yang anda alami ialah gastrik atau masalah lain.
Untuk persoalan yang lebih lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.