Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Ubat gerd pantoprazole

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: November 13, 2020 12:11 PM

Sulit 2 bulan

Hi.macam mana cara makan ubat pantoprazole yang betul?saya telah membeli d farmasi namun tiada arahan cara makan.tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Hindari sakit perut dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan sistem penghadaman yang betul.

Untuk makluman pihak anda, ubat Pantoprazole adalah sejenis ubat proton pump inhibitor. Ini bermaksud, ubat ini berfungsi untuk mengurangkan pengeluaran asid perut. Tujuan pemberian ubat ini oleh doktor ortopedik anda adalah kerana ubat-ubatan ortopedik sering menyebabkan peningkatan pengeluaran asid perut. Justeru ubat PPI seperi Pantoprazole diberikan sebagai pendamping agar asid perut tidak bertambah. Asid perut yang bertambah dapat melukakan lapisan dinding perut anda. Ini dapat menimbulkan masalah lain seperti gastritis.

Berikut adalah kegunaan ataupun indikasi lain pemberian ubat Pantoprazole:

  • Zollinger-Ellison syndrome
  • Ulser perut
  • Gastroesophageal reflux disease (GERD)

Antara kesan sampingan yang sering terjadi akibat pengambilan ubat ini adalah:

  • Defisiensi vitamin B12 (long-term therapy)
  • Jangkitan gastrointestinal
  • Mual, muntah
  • Cirit birit,
  • Sembelit
  • Sakit perut
  • Dispepsia
  • Mulut kering
  • Letih lemah

Cara pengambilan ubat ini pada kebiasaanya satu hari sekali setiap pagi. Ia diambil sebelum makan. Namun, untuk sesetengah keadaan pesakit diminta untuk memakan ubat ini dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam. Jesteru itu, anda disarankan untuk merujuk doktor berhampiran anda bagi mendapatkan dos yang betul.

Anda juga boleh rujuk kepada pihak kami di pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih

Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah sakit perut anda hari ini.

Dikemaskini pada: Fri Nov 13 2020 12:11:48 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Ubat batuk dan ibu menyusu doktor, sy mengalami batuk2 dan sakit tekak… bolehkah sy minum ubat batuk (cap ibu dan anak) ketika sy menyusu anak? bayi sy baru berusia sebulan. terima kasih. Baca lagi...
4 hari
Sulit
Kesan Nerothisterone & Vitamin EPO Hai, saya berumur 21 tahun dan saya seorang obesiti. Tahun lepas haid saya tidak turun selama hampir 11 bulan dan saya pergi ke klinik universiti kerana saya seorang pelajar. Doktor itu menasiha… Baca lagi...
2 hari
Sulit
Terlupa untuk makan pil perancang Hi doc. Sy telah mengamalkan pil perancang regulon selama hampir 1tahun 5bulan iaitu ketika anak sy berumur 100hari pada kali pertama sy mengambil pil tersebut. Walaubagaimanapun, pada bulan ini… Baca lagi...
45 jam
Sulit
Pengambilan vitamin c pada setiap hari Adakah pengambilan vitamin c setiap hari boleh menyebabkan toksin di dalam badan Baca lagi...
6 hari
Sulit
Penggunaan minyak gamat Boleh ke sapu zakar di bahagian kemaluan lelaki atau perempuan tanpa sebab Baca lagi...
6 hari