Sulit
2 tahun
Ubat lain yg boleh gantikan folic acid
Hai doktor. Sy wanita berusia 25 tahun dan telah setahun berkahwin. Sy planning utk ada baby sekarang dan dah setahun juga ttc. Tapi masalah saya, bila saya makan folic acid, automatik akan bg masalah pd faraj saya.
Bila saya start consume , automatik faraj saya akan keluarkan keputihan yg jernih serta rasa gatal yg amat. Sebelum ni pernah terjadi dan saya refer pada doctor, doctor kata sy kena kulat faraj. Then after masukkan ubat dan sapu ubat serta stop consume acid folic, terus ok n normal.
Bila consume semula acid folic, masalah sama akan berulang. Jadinya, ada tak supplement lain yg sama khasiat dgn acid folic yg saya boleh ambil sebelum mengandung dan macam mana saya boleh dptkn nya ? Tq doctor.
2 tahun
Selamat pagi dan salam sejahtera,
Terima kasih kerana mengemukakan soalan ini.
Kami memahami bahawa anda ingin mengetahui supplement lain yang sejenis dengan acid folic dan berpendapat bahawa acid folic ini yang merupakan sebab kepada simptom gatal dan keputihan di bahagian faraj.
Kami amat memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu anda,
Masalah sebegini di bahagian faraj wanita boleh disebabkan beberapa faktor lain yang perlu diambil kira,
Antaranya:
Jangkitan kulat
Gatal gatal di bahagian vulva ( pruritis vulvae)
Iritasi kulit (sabun,produk wanita,kondom,pakaian ketat)
Keadaan kulit ( ekzema,psoriosis)
Jangkitan seksual
Kencing manis
Kudis buta
Kebaikan acid folic ternyata dan terdapat cara natural lain untuk menikmati acid folik,
Asid folik wujud secara semulajadi dalam makanan seperti:
- Sayuran berdaun hijau gelap
- Kacang kering dan kacang polong (kekacang)
- Bayam
- Brokoli
- Selada
- Okra
- Asparagus
- Pisang
- Tembikai
- Ragi
- Cendawan
- Daging
Banyak makanan kini diperkaya dengan asid folik. Sebahagian daripadanya adalah:
- Roti yang diperkaya
- Bijirin
- Tepung
- Pasta
- Nasi
- Produk bijirin lain
Wanita perlu berhati-hati supaya tidak mengambil sejumlah besar produk ini dalam diet mereka bersama dengan multivitamin pranatal kerana pengambilan asid folik lebih banyak tidak diperlukan dan tidak memberikan sebarang faedah tambahan.
Anda boleh hubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.