
Sulit
3 tahun
Ubat Sunolut Bagi Datang Period Yang Dah Lewat
saya remaja umur 17 tahun dan belum berkahwin , tanda tanda period saya sudah datang seperti jerawat , perut kembung dan cepat sakir perut dan sakit belakang , petang tadi saya ke georgetown untuk membeli ubat datang period selepas terlewat period dua hari dan mereka memberi saya ubat SUNOLUT untuk datang period , tetapi saya membaca di web web di google mengatakan bahawa ubat itu untuk tahan period , adakah ubat SUNOLUT untuk tahan period ?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, ubat Sonulut mengandungi noresthisterone dan boleh digunakan untuk masalah-masalah seperti yang berikut :
- Haid tidak teratur
- Amenorrhea
- Endometriosis
- Sengugut
- Haid berpanjangan atau haid berlebihan
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Sila rujuk kepada doktor untuk nasihat lanjut mengenai penggunaan ubat Sonulut.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.