hangcyber
2 tahun
Ubat untuk mengatasi masalah vagina yang kering selepas menopause. remarin cream
Salam Doktor.
Ada tak ubat alternatif selain dari Premarin Cream yang harganya amat mahal. Ini untuk isteri saya yang sudah menopause.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah isteri anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setiap ubat-ubatan yang diberi oleh doktor adalah berdasarkan kepada indikasi tertentu. Doktor perlu mengetahui tentang sejarah penyakit anda dengan lebih lanjut serta perlu melakukan pemeriksaan fizikal yang menyeluruh sebelum dapat membuat keputusan mengenai masalah anda. Anda perlu minum ubat yang diberi oleh doktor mengikut arahan serta nasihat daripada doktor kerana setiap ubat-ubatan mempunyai kesan sampingan yang tersendiri.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk isteri anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.