
Sulit
3 tahun
Ujian hiv positive dpt tahu result lambat
Salam bru buat ujian hiv… mulanya check di klinik negatif…lepas seminggu sye tgk blik ujian positive… mcm ni ujian hiv sye kira positive ke tuan…???

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, sekiranya keputusan ujian anda adalah dikelirukan, anda akan diberi temu janji dalam jangka masa 6 bulan untuk ulangan ujian tersebut. Sekiranya keputusan ujian selepas itu adalah positif, anda perlu ambil ujian standard emas, iaitu ujian western blot untuk kenal pastikan status anda.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.