
Sulit
5 tahun
Ujian kehamilan samar
Sy lewat haid seminggu dan check upt naik double line walaupn samar. sy check urin dkat hospital positif pregnant…tp sekarang sy period…lepas period check upt negatif smula…kenapa yg doctor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, sekiranya berlaku pendarahan seperti haid selepas anda disahkan upt positif, terdapat kemungkinan ujian upt positive yang salah, kehamilan tersebut tidak berjaya, atau komplikasi kehamilan lain.
Untuk mengesahkan perkara ini, anda disarankan untk merujuk kembali ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.