
Sulit
3 tahun
Ujian kesuburan sebelum kahwin sebab ketagih onani dari kecil
Saya lelaki berumur 25 tahún dan saya mengamalkan onani sejak umur 12 tahun sehingga sekrang dan saya sudan ketagih onani. setiap Hari jika tidak melancap akan rasa resah. sekarang saya ingin berkahwin dan risau jika sperma saya kurang dan tidak sihat. adakah aktiviti onani setiap hari ini akan memberikan kesan terhadap kesihatan seks saya? Apakah cara untuk berhenti

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kesuburan pihak lelaki boleh terjejas apabila berlakunya:
- masalah pembentukan sperma (pada lelaki)
- masalah organ-organ pembiakan seperti masalah struktur
- masalah hormon
- akibat jangkitan jangkitan kelamin (STI)
- masalah luar sistem pembiakan seperti kelenjar tiroid, kelenjar pituitari
Secara amnya, jika anda ingin melakukan ujian kesuburan lelaki, anda boleh berhubung dengan klinik yang mempunyai kepakaran dalam urologi. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah